Friday, July 13, 2012

TERJEMAHAN ERTI  BACAAN DALAM SOLAT

Allah Maha Besar   
 
Doa Iftitah
 
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
 
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
 
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
 
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
 
Sesungguhnya solatku,
 
Ibadatku,
 
hidupku,
 
matiku
 
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
 
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
 
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
 
 
Al-Fatihah
 
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
 
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
 
Yang menguasai hari pembalasan.
 
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
 
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
 
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
 

Bacaan ketika rukuk
 
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
 

Bacaan ketika bangun dari rukuk
 
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
 
 
Bacaan ketika iktidal
 
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
 
 
Bacaan ketika sujud
 
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
 

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
 
Ya Allah, ampunilah daku,
 
Rahmatilah daku,
 
kayakan daku,
 
angkatlah darjatku,
 
rezekikan daku,
 
berilah aku hidayah,
 
sihatkanlah daku dan
 
maafkanlah akan daku.
 

Bacaan ketika Tahiyat Awal
 
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
 
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
 
keberkatannya.
 
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
 
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
 
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
 
 
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
 
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
 
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
 
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
 
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
 
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
 
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
 
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
 
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
 

Doa Qunut
 
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
 
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
 
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
 
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
 
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
 
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
 
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
 
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
 
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
 
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
 
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
 
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
 


"wahai tuhan ku,aku  tak layak
 utk kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup 
keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas
 kasihan darimu ."ya allah 
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
 
ibubapa  kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
 
dunia"
 
Sumber: arkib taman2syurga
Dihantar oleh shania18 pada 8/11/08




* Jika berminat hendak cut n paste silakan.

Mari Fahami Erti SOLAT.





SOLAT itu TIANG UGAMA Jangan Robohkan kehidupan Anda!


Apa itu solat ?
1     Selepas persoalan iman(syahadah),solat merupakan perkara yang kedua penting dalam kehidupan seorang muslim. Ia merupakan Rukun islam. Diakhirat kelak soalan pertama yang akan ditanya ialah tentang solat. 
2     Ibadah solat telah diwahyukan terus kepada Rasulullah saw berbeza dengan perintah perintah lain yang disampaikan melalui jibrail. Itu istimewa nya solat ,Allah swt turun kepada hambanya.


Masyarakat Malaysia dengan Solatnya.
3     Solat satu ibadah yang sangat mudah dibuat, ia tidak perlu duit hanya masa yg sekejap (5-10 min?)tapi perlu dilakukan 5 kali sehari . Tapi masih ramai orang islam diMalaysia tidak solat (80 % ), dan angka yang sangat mengejutkan kita. Jika 20 % yang solat berapa peratus pula yang boleh melakukan secara khusyuk dan berapa peratus pula sah solatnya ?. Jika bacaan Al fatihah tidak betul maka tidak sah solatnya !,Jika wudhu nya tidak betul maka sia sia solatnya.Kalau kita muhasabah diri kita sejak kita mula solat sampai sekarang ,rasa nya kita patut menyesal dan sedih kerana tidak berusaha untuk menyempurnakan solat kita. Lagi sedihnya ibubapa dimalaysia ini jika anak tidak solat atau solat kadang kadang,tidak pun tegur atau marah ,tapi jika tidak cemerlang dalam peperiksaan PMR,SPM melentinglah  si ibubapa dengan macam macam kalimah keras dikeluarkan kepada si anak. Mereka (ibubapa sanggup habis ribuan ringgit untuk cemerlang anak dalam exam tapi tidak sanggup mengeluarkan duit hantar anak kelas fardu ain supaya pandai baca quran ,solat dengan betul. Akibatnya mereka (sianak)berjaya lah dalam kehidupan dunia tapi gagal diakhirat destinasi kita yang sebenar.   


Kenapa Solat Sangat Sangat Penting?
4    Solat merupakan satu ibadat yang sangat penting kerana ia melibatkan HATI kita dengan Allah swt. ("Dirikan solat untuk mengingati KU"). Ibadah lain Allah suruh kita laku sekali setahun (puasa wajib),ibadah haji (jika mampu), Zakat (jika cukup nisab dan haulnya).Tapi solat setiap hari 5 kali sehari. Ia seolah olah bekalan sepanjang perjalanan kita didunia dan ia umpama "talian Hayat" kepada jiwa kita.  Kalau kita hendak tahu Allah bercakap dengan kita,  baca lah al quran kerana ia wahyu dari langit,tapi jika kita hendak bercakap dengan Allah solat lah perantaraan nya. Dalam solat itu mengandungi pujian kepada Allah , selawat kepada Rasulullah , doa ,syukur untuk kita, doa untuk muslimin dan muslimat. Malah untuk berjaya cemerlang pun ada disebutkan sebanyak 10 kali sehari dalam seruan azan  (sebelum solat) ia itu "haiya alal falah" - mari menuju kemenangan). Rupa rupanya Allah suruh kita menjadi orang yang berjaya dunia dan akhirat melalui solat ! ada kah kita perasan semuanya ini? Mungkin kita tahu tapi kita tidak sedar betapa tingginya kedudukan solat ini.  Atau sedar buat buat tidak tahu. Dalam solat pun ada juga "kompas" kehidupan. Kompas ini bukan untuk menentukan arah kaabah tapi kompas untuk minta "jalan yang lurus" atau hidayah ,sebab itu Allah minta kita baca nya surah Al Fatihah 17 kali sehari " .Cuba bayangkan tanpa kompas ini ,Allah biarkan kita dalam keadaan sesat tidak tahu arah hendak dituju atau apa makna hidup didunia ini,kita akan menjadi manusia yang rugi dunia dan akhirat. Jika kita sesat dalam hutan mungkin kita boleh mati kerana kelaparan atau dimakan oleh binatang buas ,tapi jika ada nya kompas, ini mungkin boleh pandu kita dan memberi kita jalan keluar dari hutan dengan mudah sekali.

Macam Mana Hendak Khusyuk Dalam Solat.?
5     Ulama kata jika hendak baiki manusia,baiki lah hatinya. Jika hendak baiki hatinya ,baiki lah solatnya.   Untuk mencapai khusyuk dalam solat sangat sangat sukar sekali.Mungkin para ustaz yang tahu bahasa arab pun masih ramai yang belum sampai ketahap khusyuk yang sebenar ini.  Dalam solat lah macam macam ingatan datang,kerja yang tidak siap lah,hal perniagan yang ada untung rugi lah ,teringat kepada saham lah, dan paling teruk sekali jika ada masalah dalam kehidupan.  Seorang pakar motivasi berkata GAGAl atau BERJAYA nya kita dalam kehidupan ini bergantung setakat mana khusyuknya solat kita. Orang yang berjaya dalam solat akan menjadi manusia mukmin yang berjaya didunia dan juga akhirat. Ceramah ustazah Bahiyah menyebut jika hendak khusyuk solat ,sebelum mulakan solat ingatkan 4 perkara ia itu Allah melihat kita,malaikat maut dibelakang kita,syurga dikanan kita dan neraka disebelah kiri kita.
6      Erti khusyuk ialah akur,tunduk hati ,tunduk akal fikiran dan tunduk pancaindera kepada Allah swt. Sasaran utama ialah HATI. Khusyuk solat hukumnya wajib bukan sunat. Terdapat 6 peringkat untuk khusyuk dalam solat ia itu :-
a Perlu Fahami ,mengerti dan fokus apa yang di baca.
b Hadir hati supaya rasa kebesaran Allah swt (hibah)
c Hadir hati supaya rasa takut dan kagum dengan ALlah swt.(supaya kita lebih dekat dengan Allah)
d Rasa harap pada Allah
e Rasa hina apabila mengadap pencipta alam semesta.
Akibat Meninggalkan Solat.
7 Sangat ramai orang islam Malaysia tidak melakukan solat (80 %) dan mereka tidak merasa apa apa pun.Tengok sahaja jika ada "show" distadium sama ada bola ,konsert dengan orang hadir begitu ramai tapi tempat solat dan tempat ambil wudu'  terhad, apa lagi tidak perlu solat lah!.Ada juga orang kita tinggal ditempat sendiri rajin bersolat tapi apabila melancong keluar negara terus tinggal kan solat (juga tudung kepala menutup aurat pun hilang entah kemana?.
8 Orang yang meninggalkan solat ertinya "memutus hubungan dengan Allah".Ini bererti Allah tidak memperdulikan kita lagi, kepada siapa kita hendak berlindung?Solat ada lah tiang ugama dan islam ada lah cara hidup yang lengkap bukan merangkumi soal ibadah tapi juga cara hidup lain seperti ekonomi,muamalat,manakahat,siasah dll.Jadi orang yang tinggalkan solat sudah semestinya juga meruntuh sistem hidupnya.
9  Kesan yang ketara dalam masyarakat kita apabila solat tidak lagi jadi tiang ugama ialah wujudnya Mat rempit,Bohsia,transgender,homoseksual,lesbian,rasuah dan banyak lagi. Selagi manusia tidak balik kepada Allah masalah demi masalah timbul dalam kehidupan masyarakat , baik dari segi sosial,ekonomi ,perkahwinan ,hubungan silatulrahim dan lain lain lagi.


Hendak Tahu Apa Hukuman Allah Terhadap Orang Tidak Solat?
1   Firman Allah SWT (maksudnya)
" Neraka Wail (kecelakaan besar besarlah) bagi orang-orang yang lalai dari mengerjakan sembahyang mereka"
Firman Allah SWT (maksudnya)
" Apakah yang menyebabkan kamu dibuang dan ditempatkan dineraka Saqar ini?"
Maka jawablah penghuninya:Adalah kami orang-orang yang meninggalkan sembahyang"
3Sabda Rasulullah saw:
"Siapa-siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja,maka sesungguhnya dia menjadi kafir tulen"